Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 6 (2018) dan Nokia 8810 “Banana” kini mula ditawarkan di Malaysia

Nokia 6 (2018) dan Nokia 8810 “Banana” kini mula ditawarkan di Malaysia 1

Nokia Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Nokia 8810 4G atau Nokia Banana akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 Julai ini bersama-sama Nokia 6 (2018) atau Nokia 6.1.

Nokia 8810 4G ini adalah antara model yang mencuri tumpuan ketika pelancaranya di Mobile World Congress awal tahun ini.

Nokia 6 (2018) dan Nokia 8810 “Banana” kini mula ditawarkan di Malaysia 2

Nokia Banana ini hadir dengan skrin paparan QGVA berukuran 2.4-inci, pemproses Snapdragon 205, 512MB RAM, 4GB memori dalaman, bateri berkapasiti 1,500mAh dan kamera utama 2MP.

Selain itu, Nokia 8810 ini juga hadir dengan sokongan WiFi, sistem operasi Smart Feature, slot microSD dan VoLTE.

Nokia 8810 4G ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan kuning dengan harga penjualan RM 285 sahaja.

Nokia 6 (2018) dan Nokia 8810 “Banana” kini mula ditawarkan di Malaysia 3

Bercakap mengenai Nokia 6(2018) pula, ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 1,100 dan spesifikasi penuh telefon pintar ini boleh anda ketahui pada laporan kami di sini 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.