Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 2018 akan hadir didalam warna merah, biru, emas dan kelabu

Pelancaran Apple iPhone bagi tahun 2018 hanya berbaki dua bulan sahaja lagi.

Ming-Chi Kuo yang kini berkhimat sebagai penganalisa di TF International Securities mendakwa bahawa Apple akan menawarkan satu model iPhone dengan skrin paparan 6.1-inci yang akan ditawarkan didalam warna biru, kelabu, putih, merah dan oren dengan harga penjualan dari $700

Ini bermaksud buat pertama kali dalam sejarah, Apple akan menawarkan iPhone didalam warna-warna yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

Selain itu, Kuo juga berkata bahawa satu model Apple iPhone akan memiliki skrin 6.5-inci dengan harga penjualan $999 manakala satu lagi model dengan skrin paparan 5.8-inci pula akan hadir dengan harga dari $899.

Ini memberikan kita gambaran jelas bahawa Apple akan melancarkan tiga model iPhone tahun ini iaitu :

-model dengan skrin LCD 6.1-inci pada harga bermula dari $699

-model kedua dengan skrin paparan OLED berukuran 5.8-inci dan teknologi dwi-kamera dengan harga dari $899

-model ketiga akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.5-inci dengan harga penjualan bermula dari $999.

Segala persoalan mengenai Apple iPhone 2018 akan terjawab pada majlis pelancaran iPhone yang akan berlangsung pada bulan September ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.