Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 GT dengan 8GB RAM diumumkan secara rasmi

Honor secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar flagship mereka iaitu Honor 10 didalam varian 8GB RAM yang dikenali sebagai Honor 10 GT.

Honor 10 GT akan turut hadir dengan kemaksini GPU Turbo dan mod penggambaran waktu malam tanpa memerlukan tripod.

ULASAN : Honor 10 – telefon pintar kelas flagship pada harga RM 1,599

Selain kapasiti RAM yang lebih besar, Honor 10 GT hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Honor 10 yang biasa iaitu skrin paparan 19:9 berukuran 5.84-inci, pemproses Kirin 970 dengan teknologi AI dan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang.

Huawei telah mengesahkan bahawa dengan kemaskini GPU Turbo, prestasi Honor 10 GT ini akan meningkat sebanyak 60% dan pada masa yang sama mengurangkan pengunaan tenaga sebanyak 30%.

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja2018/06/07

Selain itu, dengan kemaksini mod penggambaran malam yang sama seperti pada Huawei P20 dan P20 Pro, pengguna Honor 10 juga boleh mengambil gambar mod malam yang berkualiti tinggi.

Honor 10 GT akan mula ditawarkan di pasaran China pada 24 Julai ini namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat harga yang diumumkan.

Honor 10 GT ini juga mempunyai kemungkinan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.