Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Blackberry Key2 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Julai ini

Blackberry Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka ke pasaran tempatan minggu hadapan.

Blackberry Key2 yang dilancarkan pada 7 Jun 2018 akan memasuki pasaran Malaysia pada 10 Julai ini.

Blackberry Key2 adalah model susulan bagi Blackberry KeyONE yang menawarkan pengalaman papan kekunci QWERTY fizikal yang merupakan satu ciri ikonik pada peranti Blackberry.

Bercakap mengenai spesifikasi, Blackberry Key2 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 4.5-inci yang mempunyai resolusi 1620 x 1080 dengan kepadatan piksel 433ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 660, 6GB RAM, 64GB/128GB memori simpanan dalaman, sensor capjari dan bateri berkapasiti 3,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 (USB-C).

Blackberry Key2 merupakan telefon pintar yang berasaskan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan juga hadir sebagai telefon pintar pertama Blackberry untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera yang menawarkan mod gambar Portrait.

Kamera utama Blackberry Key2 ini adalah unit 12MP + 12MP dengan f/1.8 pada sensor utama dan f/2.6 pada sensor kedua manakala kamera selfie adalah unit 8MP yang turut memiliki skrin flash.

Blackberry Key2 juga hadir dengan banyak ciri keselamatan yang biasa ditawarkan pada peranti Blackberry dan pada masa yang akses kepada ekosistem peranti Android.

Harga penjualan Blackberry Key2 di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini namun dijangka akan diumumkan ketika majlis pelancaran minggu hadapan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.