Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi A1 mula menerima kemaksini Android 8.1 Oreo

Telefon pintar Android pertama Xiaomi yang dikenali sebagai Mi A1 kini telah mula menerima kemaskini Android 8.1 Oreo selepas menerima Android 8.0 Oreo sebelum ini.

Ianya adalah kemaskini yang besar dengan saiz kemaskini Android 8.1 Oreo ini adalah 1.2GB.

Penawarna kemaksini Android 8.1 Oreo ini adalah peringkat global tanpa batasan negara dan pengguna Mi A1 di India dan Filipina juga dilaporkan telah mula menerima kemaskini ini melalui OTA.

Selepas Android 8.1 Oreo, Xiaomi A1 dijangka akan menerima kemaskini Android P seperti yang dijanjikan oleh Xiaomi ketika pelancaran telefon pintar ini.

Xiaomi A1 yang dilancarkan pada harga RM 1,099 kini ditawarkan pada harga RM 599 dan pembelian boleh dibuat di stor atas talian rasmi di Lazada Malaysia ataupun di stor Mi Malaysia yang telah dibuka secara meluas di seluruh negara.

Ulasan Xiaomi A1 kami yang komprehensif boleh anda baca di SiNi 

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.