• Home »
  • Nokia »
  • Nokia 6 (2018) akan mula ditawarkan di Malaysia minggu hadapan

Nokia 6 (2018) akan mula ditawarkan di Malaysia minggu hadapan


Nokia Mobile Malaysia  telah mengumumkan bahawa generasi kedua telefon pintar Nokia 6 akan tiba di Malaysia minggu hadapan.

Nokia 6 (2018 ) adalah telefon pintar yang mana ianya turut menawarkan fungsi pengunaan kedua-dua kamera secara serentak yang dikenali sebagai “bothie”.

Nokia 7 Plus dan Nokia 1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Nokia 6 hadir dengan skrin paparan IPS HD penuh berukuran 5.5-inci dengan nisbah skrin traditional 16:9 yang turut dilindungi dengan gelas keselamatan Gorilla Glass 3, pemproses Qualcomm Snapdragon 630 berkelajuan 2.2GHz, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan pengecasan kini dilakukan melalui slot USB-C.

Bercakap mengenai bahagian kamera pula, Nokia 6 (2018) hadir dengan kamera utama 16MP dengan aperture f/2.0 manakala sensor kamera selfie adalah unit 8MP yang memiliki aperture f/2.2.

Nokia 6 (2018) turut hadir dengan slot microSD, pembesar suara, sensor capjari, slot audio 3.5mm, Android 7.1 Nougat ( bakal menerima Android 8.0 Oreo) dan dua kapasiti memori simpanan iaitu 32GB atau 64GB.

Penjualan Nokia 6 (2018) di Malaysia dijangka akan ditawarkan didalam warna hitam dengan harga penjualan RM 1,100 bagi versi 4GB RAM/64GB memori dalaman ( akan mula ditawarkan oleh DirectD pada 2 Julai).

maklumat lanjut di sini

 

Comments

comments

Share