Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 1

Pengeluar aksesori audio terkemuka dunia, Jabra secara rasminya telah memperkenalkan tiga model baru didalam siri produk Elite yang telah diperkenalkan di CES 2018 awal tahun ini.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 2

Tiga produk Jabra didalam siri Elite yang diperkenalkan ke pasaran Malaysia adalah Jabra Elite E45e, Jabra Elite 65e dan Jabra Elite Active 65t yang mana ketiga-tiga peranti baru ini hadir dengan sokongan bantuan suara Amazon Alexa yang anda boleh gunakan untuk memainkan muzik kegemaran anda,mendengar berita terkini, keadaan cuaca, mengawal peranti pintar dan banyak lagi.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 3

Bercakap mengenai Jabra Elite 45e, ianya direka bentuk bagi menawarkan pengalaman panggilan suara dan muzik yang terbaik dengan pengunaan teknologi dwi-mikrofon.

Ianya menawarkan kualiti kelas headset pada reka bentuk yang lebih minimalis dengan jangka hayat bateri sehingga 8 jam.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 4

Peranti ini juga hadir dengan pensijilan kalis air IP54 dan dengan jaminan waranti anti air dan habuk selama dua tahun.

Jabra Elite 45e ini hadir dengan harga penjualan RM 399.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 5

Bercakap mengenai Jabra Elite 65e pula, ianya hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Elite 45e namun dengan teknologi Active Noise Cancellations (ANC) kelas profesional dan pengunaan teknologi 3 mikrofon.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 6

Jabra Elite 65e juga memiliki jangka hayat bateri selama 8 jam ( 13 jam jika ANC tidak diaktifkan) dan dengan pensijilan kalis air dan habuk IP54.

Jabra Elite 65e ini hadir dengan harga penjualan RM 949.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 7

Peranti audio Jabra yang ketiga adalah earbuds tanpa wayar Elite Active 65t yang menawarkan teknologi audio dan ciri yang sama seperti Elite 65t namun dengan kebolehan untuk menggunakanya ketika bersukan atau di gym.

Jabra Elite Active 65t ini adalah generasi ketiga peranti tanpa wayar Jabra dan syarikat ini telah membuktikan kebolehan untuk menawarkan peranti tanpa wayar yang berkualiti tinggi.

Jabra Elite Active 65t ini juga hadir dengan jangka hayat bateri selama 5 jam dan sehingga 15 jam ( tambahan 2 pengecasan penuh) apabila digunakan bersama kotak pengecasan.

Jabra Elite 45e, Elite 65e, Elite 65t dan Elite Active 65t kini ditawarkan di Malaysia 8

Peranti tanpa wayar Jabra Elite Active 65t ini juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP56 dengan jaminan anti air dan habuk selama 2 tahun.

Jabra Elite Active 65t ini hadir dengan harga penjualan RM 849 iaitu RM 100 lebih mahal berbanding Elite 65t yang ditawarkan pada harga RM 749.

Pra-tempahan akan dibuka mulai bulan Jun ini di Lazada, 11Street dan Shopee dan terdapat juga hadiah terhad seperti kaca mata Ray-Ban bernilai RM 1099, Jersi rasmi FIFA World Cup negara Jerman bernilai RM 289 dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.