Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile memperkenalkan pelan Giler Unlimited yang menawarkan internet dan panggilan percuma tanpa had

UMobile memperkenalkan pelan Giler Unlimited yang menawarkan internet dan panggilan percuma tanpa had 1

UMobile secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar dan pascabayar terbaru yang menawarkan panggilan dan data internet tanpa had dengan bayaran serendah RM 30 sebulan sahaja.

Pelan Giler Unlimited tidak hadir dengan mana-mana had masa yang sedikit menyusahkan pengguna.

UMobile memperkenalkan pelan Giler Unlimited yang menawarkan internet dan panggilan percuma tanpa had 2

Pelan Giler Unlimited ini hadir didalam dua pelan iaitu pelan prabayar GX30 yang hadir dengan kuota hotspot 3GB bersama-sama internet tanpa had manakala panggilan yang dicaj mengikut kadar yang ditetapkan ( 15 minit panggilan percuma ke rangkaian UMobile).

Pelan pascabayar GX50 pula hadir dengan 5GB kuota hotspot bersama-sama panggilan dan internet tanpa had.

UMobile memperkenalkan pelan Giler Unlimited yang menawarkan internet dan panggilan percuma tanpa had 3

Dengan bayaran serendah RM 1 sehari, pengguna pelan terbaru UMobile Giler Unlimited mampu menikmati kesemua aplikasi tanpa sebarang kuota internet dan panggilan percuma kesemua rangkaian.

maklumat lebih lanjut dan cara-cara pengaktifan boleh anda lihat di pautan sumber dibawah

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.