Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite kini menyokong mod kamera Pro & AR Lens

Baru-baru ini Huawei Nova 2 Lite telah mula ditawarkan pada harga RM 659 iaitu lebih murah berbanding harga penjualan pasca GST pada RM 753.

Penjualan pada harga baru ini adalah mulai 9 Jun 2018 iaitu serentak dengan penawaran Nova 2 Lite didalam warna merah jambu.

Walaupun dengan penurunan harga, komitmen Huawei terhadap Nova 2 Lite masih tinggi dengan pengumuman kemaksini terbaru yang membawakan ciri kamera baru ke telefon pintar ini.

Nova 2 Lite kini hadir dengan mod kamera AR Lens yang menawarkan pengguna latar belakang tempat-tempat popular didunia, selebriti terkenal dan banyak lagi.

Selain itu, Nova 2 Lite kini juga mempunyai mod kamera PRO yang membolehkan pengguna menajamkan skil fotografi mereka dengan menawarkan kebebasan untuk membuat tetapan bagi setiap aspek pengambaran seperti ISO, kelajuan shutter, mod fokus dan turut boleh menyimpan gambar di dalam fail RAW.

Kemaksini yang membawakan mod kamera baru ini kini sudah mula ditawarkan kepada pemilik Nova 2 Lite di Malaysia.

Comments

comments