Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop

Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop 1

Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon Vivo NEX S dan Vivo NEX A yang merupakan telefon pintar berasaskan model konsep Vivo APEX.

Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop 2

Bercakap mengenai Vivo NEX S, ianya hadir dengan skrin paparan Ultra FullView berukuran 6.59-inci, ianya adalah panel Super AMOLED FHD+ dengan nisbah 19:3:9 dan resolusi 2316 x 1080p ( nisbah skrin kepada rangka 91.24%).

Disebabkan panel hadapan dipenuhi skrin, Vivo NEX S hadir dengan kamera selfie seperti periskop yang tersembunyi didalam rangka. Ianya adalah sensor 8MP dengan aperture f/2.0. 

Earpiece juga telah disingkirkan dan diganti dengan teknologi Screen SoundCasting yang mampu menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik.

Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop 3

Vivo NEX S juga hadir dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 845, 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.

Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop 4

Sedikit mengecewakan, kamera Vivo NEX S hanya hadir dengan kombinasi dwi-kamera 12MP + 5MP yang turut disertakan pada Vivo X21 UD. Kamera ini hadir dengan sokongan AI, HDR dan penapis gambar.

Selain itu, Vivo NEX S juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan pengecasan 22.5W), Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, butang fizikal bantuan suaran Jovi.

Vivo NEX S dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie periskop 5

Vivo NEX S akan mempunyai harga penjualan seperti berikut ;

Vivo NEX S 8GB/128GB – CNY 4,498 (RM 2,798)

Vivo NEX S 8GB/256GB – CNY 4,998 (RM 3,010)

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai penawaran antarabangsa telefon pintar ini, namun ianya mungkin mengambil masa yang sedikit lama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.