Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja 1

Skrin paparan FullView FHD+ yang kompak

Honor 10 menjadi telefon pintar yang digemari remaja adalah kerana skrin paparan yang dimiliki oleh Honor 10.

Ianya adalah skrin paparan 5.84-inci dengan resolusi 2280 x 1080 piksel yang sangat kompak dan sesuai untuk pengunaan satu tangan dan dengan reka bentuk skrin ‘notch’ yang merupakan reka bentuk popular bagi tahun 2018.

Walaupun hadir dengan skrin paparan FHD+, Honor harus dipuji kerana meletakkan Honor 10 sebagai telefon pintar flagship paling murah di pasaran.

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja 2

Spesifikasi Flagship Pada Harga Berpatutan

Honor 10 adalah telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi kelas flagship namun dengan harga penjualan RM 1,599 sahaja.

Jika anda tidak tahu, Honor 10 hadir dengan pemproses Kirin 970 yang merupakan pemproses kelas flagship jauh berbeza dengan pencabar terdekat di pasaran seperti vivo dan OPPO yang menawarkan pemproses kelas pertengahan sahaja.

Selain itu, honor 10 juga memiliki reka bentuk yang premium iaitu pengunaan panel gelas yang berinspirasikan kejadian alam semula jadi seperti aurora dan ombak.

Ianya adalah panel gelas aurora yang mana tahap kesukaran pengeluaran panel gelas ini amat tinggi sehingga menyebabkan satu daripada lima gelas yang dikeluarkan tidak menepati tahap kualiti yang ditetapkan oleh Honor.

Warna biru ‘phantom’ dan hijau ‘phantom’ boleh dikatakan dua warna terbaik di pasaran yang mana warna yang dipantulkan adalah berbeza mengikut sudut pandangan.

 

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja 3

Kamera Selfie 24MP Dengan AI

Walaupun memiliki harga yang berpatutan Honor masih mampu menawarkan kamera selfie beresolusi 24MP iaitu resolusi kamera yang meletakkanya sebaris dengan pencabar terdekat seperti vivo dan OPPO yang lebih memfokuskan kepada kamera selfie sahaja.

Ianya hadir dengan banyak fungsi tambahan seperti mod bokeh, AI Portrait, 3D Portrait Lighting, AI Sticker dan AI Beautify.

AI kini merupakan faktor penting didalam industri telefon pintar khususnya pada bahagian kamera yang mana pada Honor 10, AI membantu menawarkan tetapan gambar terbaik bagi lebih 500 senario didalam 22 jenis kategori.

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja 4

Kapasiti RAM Dan Memori Dalaman Yang Baik.

Kebiasaanya, pengeluar telefon pintar akan menawarkan sesuatu model telefon pintar dengan  beberapa kapasiti memori simpanan dalaman yang mana anda perlu membayar lebih untuk memiliki kapasiti memori dalaman yang lebih besar.

Walaubagaimanapun, Honor 10 ini hanya ditawarkan didalam satu kapasiti memori dalaman iaitu 128GB yang sudah pastinya akan memudahkan golongan muda menyimpan lebih banyak gambar selfie, video dan multimedia tanpa perlu risau akan memori storan dalaman akan kehabisan.

Bersama-sama 128GB memori simpanan, Honor 10 turut memiliki 4GB RAM yang akan memudahkan lagi kerja-kerja ‘multitasking’.

Pada tahap harga sekitar RM 1,599 , anda tidak mungkin boleh memilki telefon pintar dengan kapasiti memori dalaman sebesar ini.

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja 5

Teknologi Pengecasan Pantas Honor SuperCharge

Usia Remaja ini adalah waktu yang sibuk dan pengecasan telefon pintar yang lama mungkin menghadkan waktu anda untuk melakukan aktiviti lain.

Dengan memahami keperluan ini, Honor telah menawarkan Honor 10 dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas Honor SuperCharge.

Honor SuperCharge ini mampu mengecas telefon pintar Honor 10 didalam masa yang agak singkat dengan pengecasan ke tahap 58% hanya mengambil masa 30 minit.

Honor 10 juga hadir dengan slot USB-C yang memastikan kadar pengecasan yang lebih pantas berbanding pengunaan slot USB yang masih digunakan pada telefon pintar pada tahap harga seperti vivo V9 dan OPPO F7 .

Kenapa Honor 10 menjadi telefon pintar yang diminati golongan remaja 6

Sempena Honor Super Day yang akan berlangsung di Shopee Malaysia( https://bit.ly/2Jt5D5a ) pada 8 Jun ini, Honor 10 akan turut ditawarkan didalam warna ‘hijau’ aurora atau ‘phantom green’ I selain Honor 7A yang akan ditawarkan pada harga isitimewa RM 429 berbanding harga asal RM 479.

Honor 10 juga boleh dibeli di laman sesawang  https://bit.ly/2sMQhBG pada harga penjualan RM 1,599 dan pembelian pada 8 Jun ini akan juga melayakkan anda menerima hadiah percuma bernilai RM 298.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.