Samsung Galaxy Note9 dijangka akan dilancarkan pada 9 Ogos

Menurut laporan terbaru, Samsung Galaxy Note 9 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos iaitu dua minggu lebih awal berbanding pelancaran Galaxy Note 8 tahun lalu.

Penjualan rasmi mungkin bermula pada penghujung bulan Ogos dan Samsung dilihat mahu telefon pintar mereka ini berada dipasaran sebelum generasi baru Apple iPhone diumumkan.

Dengan pelancaran siri Galaxy Note yang lebih awal, Samsung juga akan membawa pelancaran generasi ke-10 siri Galaxy S mereka ke tarikh yang lebih awal.

Majlis pelancaran Samsung Unpacked ini dijangka akan berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Samsung Galaxy Note 9 dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity Display berukuran 6.4-inci , pemproses Snapdragon 845/Exynos 9810, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Samsung Galaxy Note 9 dijangka tidak akan hadir dengan teknologi sensor capjari terbina didalam skrin yang dikenali sebagai Ultrasonic Fingerprint kerana ianya akan ditawarkan pada Galaxy S10.

Selain itu, Galaxy Note 9 juga dijangka hadir dengan teknologi dwi-kamera yang ditambah baik  namun dengan sensor 12MP yang digunakan pada Galaxy S9+ dan akan mempunyai aperture boleh ubah dari f/1.5 ke f/2.4.

Buat masa ini, adalah selamat untuk kita perkatakan bahawa Galaxy Note 9 akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos.

sumber

Comments

comments

Share