Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 SE hadir dengan harga penjualan yang lebih rendah

Jika Xiaomi Mi 8 diluar kemampuan anda, syarikat ini juga telah memperkenalkan Xiaomi Mi 8 SE yang hadir dengan harga penjualan lebih murah.

Xiaomi Mi 8 SE ini hadir dengan skrin paparan 18:7:9 berukuran 5.88-inci yang hadir dengan resolusi FHD+. Ianya adalah panel skrin AMOLED keluaran Samsung.

Xiaomi Mi 8 diumumkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,681

Walaupun mengekalkan reka bentuk yang sama seperti Mi 8 iaitu berasaskan aluminium dan panel gelas, Mi 8 SE ini tidak mempunyai teknologi pengecaman wajah 3D Face Unlock.

Selain itu, Mi 8 SE juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710 yang lebih memfokuskan kepada AR dan IR.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan

Sebanyak dua kapasiti RAM dan memori dalaman ditawarkan bagi Mi 8 SE iaitu 4GB+64GB dan 6GB/64GB dengan bateri berkapasiti 3,120mAh yang mempunyai sokongan Quick Charge 3.0 (USB-C).

Bercakap mengenai kamera pula, Mi 8 SE masih mengekalkan teknolog dwi-kamera pada model ini namun ianya adalah kombinasi 12MP + 5MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

Xiaomi Mi 8 SE ini hadir dengan harga penjualan CNY 1,799(RM 1,120) bagi versi 4GB/64GB dan CNY 1,999 (RM 1,243) bagi versi 6GB/64GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.