Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F7 x Neelofa dibuka untuk tempahan hari ini pada harga RM 1,299

Oppo F7 x Neelofa dibuka untuk tempahan hari ini pada harga RM 1,299 1

Oppo F7 X Neelofa edisi raya secara rasminya telah dibuka untuk tempahan mulai hari ini dengan harga penjualan RM 1,299.

Oppo F7 x Neelofa ini akan hadir didalam kotak hadiah eksklusif yang mana sebahagian daripada penjualan telefon pintar edisi khas ini akan didermakan kepada pertubuhan anak yatim bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya mereka.

Dengan bertemakan flora dan fauna, Reka bentuk pada telefon pintar ini adalah hasil kerja tangan Neelofa sendiri.

Oppo F7 x Neelofa akan hadir dengan satu skarf eksklusif Neelofa, perkakas reka bentuk khas dan headset Bluetooth.

Tempahan boleh dilakukan secara atas talian di Oppo Store, Lazada Malaysia, Shopee dan 11street.

ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran2018/05/03

selain itu, Oppo F7 ini juga akan mengandungi gambar dan nada deringan eksklusif Neelofa.

Selain itu, Oppo juga telah mengumumkan harga baru bagi telefon pintar mereka tanpa cukai GST yang dimansuhkan mulai hari ini.

Oppo F7 x Neelofa dibuka untuk tempahan hari ini pada harga RM 1,299 2

Berikut adalah harga baru telefon pintar Oppo :

Oppo F7 – RM 1,299

Oppo F7 128GB – RM 1,603

Oppo F5 – RM 1,037

Oppo R15 Pro – RM 2,399

Selain daripada peranti di atas, kesemua produk Oppo yang ditawarkan di Malaysia lebih murah berbanding bulan lalu dan harga ini dijangka kekal sekurang-kurangnya sehingga pengenalan cukai SST pada bulan September 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.