Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 7C dan 7A dijangka akan dilancarkan di Malaysia 5 Jun ini

Honor Malaysia yang baru selesai melancarkan Honor 10 minggu lalu kini sudah bersedia untuk melancarkan dua model baru yang akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Honor dengan kerjasama Shopee dijangka akan melancarkan Honor 7A dan Honor 7C ke pasaran tempatan pada 5 Jun ini.

Honor 7C hadir dengan skrin paparan Honor FullView berukuran 5.99-inci dengan resolusi HD+, pemproses Snapdragon 450, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, Honor 7A juga memiliki teknolog dwi-kamera 13MP + 2MP, sensor capjari, slot 2 SIM + 1 microSD , EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, kamera hadapan 8MP, teknologi face unlock dan sokongan dual Bluetooth.

Bercakap mengenai Honor 7C pula, ianya hadir dengan skrin paparan paparan FullView HD+ berukuran 5.7-inci, pemproses Snapdragon 430, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, Honor 7C juga hadir dengan kamera 13MP + 2MP, kamera selfie 8MP, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan sokongan face unlock.

ULASAN : Honor 10 – telefon pintar kelas flagship pada harga RM 1,699

Berdasarkan harga di pasaran lain, Honor 7A dan Honor 7C dijangka akan mempunyai harga penjualan yang amat berpatutan iaitu kurang dari RM 1,000 sahaja.

Kami akan menghadiri majlis pelancaran Honor ini minggu hadapan, nantikan laporan penuh kami.

Comments

comments