Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 1

Asus Malaysia secara rasminya telah melancarkan Asus ZenFone Max Pro M1 ke pasaran Malaysia dan telefon pintar ini mempunyai potensi untuk menjadi telefon pintar mampu milik terbaik di pasaran.

Pelancaran Asus ZenFone Max Pro M1 di Malaysia tiba selepas pelancaran di India dan Indonesia penghujung bulan lalu.

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 2

Asus ZenFone Max Pro M1 ini akan hadir dengan skrin paparan 18:9  berukuran 6.0-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, sehinggga 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan tiga slot kad yang menempatkan dua SIM dan satu kad microSD.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini juga akan memiliki sensor capjari dibahagian belakang, tetapan dwi-kamera , sistem operasi Android 8.1 Oreo yang asli, pembesar suara “5 magnet speaker technology dengan Smart AMP” dan sokongan rakaman video 4K UHD.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan diharapkan juga akan mempunyai sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge yang mampu menawarkan jangka hayat selama 12 jam.

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu

Bercakap sedikit mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 ini, ianya adalah telefon pintar dengan bateri 5,000mAh paling kompak didunia.

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 3

Bercakap mengenai bahagian kamera, Asus ZenFonw Max Pro M1 ini memiliki tetapan kamera utama 13 + 5MP (16MP + 5MP bagi versi 6GB/64GB) manakala kamera selfie adalah 8MP. Kedua-dua kamera ini menyokong pengambilan gambar bokeh.

Asus ZenFone Max Pro M1 dijangka akan menjadi pencabar utama kepada model Xiaomi Redmi Note 5 yang turut hadir dengan pemproses Snapdragon 636 dan kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 4

Asus ZenFone Max Pro M1 ini akan ditawarkan mulai 1 Jun 2018 di Lazada Malaysia dengan harga penjualan seperti berikut :

Asus ZenFone Max Pro M1 3GB/32GB – RM 699

Asus ZenFone Max Pro M1 4GB/64GB – RM 849

Asus ZenFone Max Pro M1 6GB/64GB – RM 999

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 5

Asus juga akan mengadakan penjualan kilat  ZenFone Max Pro M1 pada setiap hari selasa di Lazada Malaysia dan pada hari tersebut anda boleh memilikinya pada harga RM 599 sahaja ( 1,5,12,19 dan 26 Jun sahaja).

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 6

pada bulan Julai pula, penjualan kilat Asus ZenFone Max versi 3GB/32GB akan ditawarkan pada harga RM 649 sahaja.

Selain itu, bagi versi 4GB/64GB, tempahan istimewa pada 2-3 Jun 2018 akan menyaksikan versi ini ditawarkan pada harga RM 799 sahaja.

ULASAN: Asus ZenFone Max Pro M1 – Telefon Pintar Mampu Milik Terbaik Di Pasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.