Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5 dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,299

Asus ZenFone 5 dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 1

Selain ZenFone Max Pro M1, Asus Malaysia juga telah memperkenalkan Asus ZenFone 5 ke pasaran tempatan pada harga penjualan RM 1,299 sahaja.

Asus ZenFone 5 ini hadir dengan reka bentuk yang sama ala ‘iPhone X’ dengan gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Asus ZenFone 5 dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 2

Asus ZenFone 5 juga merupakan telefon pintar terbaru untuk memiliki sokongan AI seperti AI Boost ( untuk permainan video), AI Photography, AI Display dan AI Ringtone serta tidak lupa juga ZeniMoji – avatar seperti Apple Animoji yang turut boleh digunakan pada panggilan video dan siaran langsung.

Asus ZenFone 5 hadir dengan skrin paparan Super IPS berukuran 6.2-inci ( 2246 x 1080) dengan nisbah 19:9 selain lekukan seperti pada iPhone X namun pada skala yang lebih kecil.

Asus ZenFone 5 hadir dengan nisbah skrin kepada badan yang menggagumkan iaitu 90%.

Asus ZenFone 5 dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 3

Beralih kepada pemroses yang digunakan, Asus ZenFone 5 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 dan hadir didalam dua kapasiti RAM iaitu 4GB ataupun 6GB dengan satu kapasiti memori dalaman iaitu 64GB.

Bercakap mengenai kamera, Siri ZenFone 5 ini hadir dengan dwi-kamera dengan kamera utama adalah unit 12MP yang dibekalkan oleh Sony (IM363) dengan aperture f/1.8, OIS, Dual Pixel PDAF dan satu unit kamera kedua dengan lensa lebar 120 darjah ( resolusi tidak diketahui).

Selain itu, ZenFone 5 juga memiliki kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.0.

Lain-lain ciri yang dimiliki oleh Asus ZenFone 5 adalah bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan AI), dwi-SIM, dua pembesar suara, earphone resolusi tinggi, Android Oreo dengan ZenUI 5.0.

Asus ZenFone 5 dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 4

Asus ZenFone 5 boleh dibeli melalui stor atas talian Asus di Lazada Malaysia dengan harga penjualan RM 1,299 sahaja.

tempahan boleh dibuat mulai 4 Jun ini di stor atas talian Asus di Lazada Malaysia

Berikut adalah harga telefon pintar selepas GST dimansuhkan 1 Jun ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.