Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F7 x Neelofa akan dibuka untuk tempahan 1 Jun ini

Oppo Malaysia telah mengumumkan kerjasama terbaru dengan Neelofa yang akan menyaksikan pelancaran telefon pintar Oppo F7 x Neelofa sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Oppo F7 x Neelofa ini akan hadir didalam kotak hadiah eksklusif yang mana sebahagian daripada penjualan telefon pintar edisi khas ini akan didermakan kepada pertubuhan anak yatim bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya mereka.

Dengan bertemakan flora dan fauna, Reka bentuk pada telefon pintar ini adalah hasil kerja tangan Neelofa sendiri.

Oppo F7 x Neelofa akan hadir dengan satu skarf eksklusif Neelofa, perkakas reka bentuk khas dan headset Bluetooth.

ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran2018/05/03

selain itu, Oppo F7 ini juga akan mengandungi gambar dan nada deringan eksklusif Neelofa.

Oppo F7 x Neelofa akan dibuka untuk tempahan secara atas talian sahaja mulai 1 Jun 2018 iaitu melalui laman sesawang Oppo Malaysia, Lazada, 11street dan Shopee.

Anda juga boleh memilih untuk mengambil sendiri Oppo F7 x Neelofa di stor konsep Oppo, anda boleh membuat pembelian di stor atas talian Oppo Malaysia dan memilih untuk mengambil sendiri di stor pilihan anda pada 9 Jun 2018.

Tempah Oppo F7 x Neelofa

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.