Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi S2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699

Xiaomi Redmi S2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 1

Xiaomi Redmi S2 yang dilancarkan di pasaran China beberapa minggu lalu kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

DirectD sekali lagi menjadi pengedar pertama untuk menawarkan Redmi S2 ini dan ianya mempunyai waranti rasmi daripada Xiaomi Malaysia.

Redmi S2 akan mula ditawarkan mulai 25 Mei ( hari ini) dengan harga penjualan RM 699.

Xiaomi Redmi S2 hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.99-inci dengan resolusi HD+, pemproses 8 teras Snapdragon 625 berkelajuan 2.0GHz, GPU Adreno 506 GPU dan MIUI 9 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Xiaomi Redmi S2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 2

Redmi S2 di Malaysia akan ditawarkan didalam satu kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB + 32GB, sensor capjari dibahagian belakang dan slot 2 SIM + 1 microSD.

Xiaomi Redmi Note 5 kini ditawarkan tanpa GST – dari RM 753

Bercakap mengenai kamera, Redmi S2 hadir dengan kamera hadapan 16MP yang disertakan dengan teknologi AI, kamera belakang 16 + 5MP yang sama seperti pada Redmi Note 5 Pro.

Xiaomi Redmi S2 ini ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan kelabu.

Pembelian boleh dilakukan secara atas talian di Directd ataupun di mana-mana stor directd di seluruh Lembah Klang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.