• Home »
  • ZTE »
  • Xiaomi Redmi Note 5 kini ditawarkan tanpa GST – dari RM 753

Xiaomi Redmi Note 5 kini ditawarkan tanpa GST – dari RM 753

Xiaomi Redmi Note 5 telah ditawarkan di Malaysia sejak penghujung bulan lalu dan ketika itu ianya hadir dengan harga penjualan RM 799 bagi versi 3GB + 32GB manakala versi 4GB + 64GB hadir dengan harga penjualan RM 999.

Walaubagaimanapun, dengan penetapan kadar GST pada kadar sifar 0% mulai 1 Jun ini, banyak pengeluar telefon pintar telah mula mengurangkan harga penjualan telefon pintar mereka.

Directd yang merupakan wakil penjual sah produk Xiaomi di Malaysia juga telah mengikut jejak pengeluar telefon pintar dan kini menawarkan Redmi Note 5 pada harga yang lebih murah iaitu tanpa GST.

Xiaomi Redmi Note 5 versi 3GB/32GB kini ditawarkan pada harga RM 753 manakala versi 4GB/64GB pula hadir dengan harga RM 942.

Ini bermaksud anda menikmati penjimatan sebanyak RM 46 bagi versi 3GB/32GB dan RM 57 apabila anda membeli Redmi Note 5 versi 4GB/64GB.

Pembelian Xiaomi Redmi Note 5 pada harga baru ini boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang Directd ataupun di semua stor-stor Directd.

Comments

comments

Share