Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gobind Singh komited untuk menawarkan pelan broadband internet dua kali lebih laju pada separuh harga

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru iaitu Gobind Singh Deo berkata bahawa dia akan berusaha untuk memberikan rakyat rangkaian jalur lebar “dua kali lebih pantas, separuh harga”

Gobind Singh berkata bahawa pengguna telah lama menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding negara membangun yang lain.

Gobind yang telah memulakan kerja sebagai menteri berkenaan semalam juga berkata bahawa beliau akan akan mengkaji pelbagai aspek termasuk masalah yang dihadapi oleh syarikat telekomunikasi sebelum mencari penyelesaian untuk meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia.

Gobind berkata bahawa jalur lebar di negara kita adalah berbeza dengan negara lain dan beliau tidak melihat sebab kenapa Malaysia tidak boleh mengikut sistem yang digunakan di negara lain.

Gobind juga mengesahkan akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat telekomunikasi bagi membincangkan perkara ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.