Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Mei ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas ‘flagship’ mereka yang terbaru iaitu Mi 8 akan dilancarkan pada 31 Mei ini.

Model utama Xiaomi tahun ini sepatutnya mempunyai nama Mi 7 namun Xiaomi terus melompat ke angka 8.

Pelancaran ini juga menyusul selepas pelancaran Mi Mix 2 dan Mi Mix 2s baru-baru ini yang juga boleh dinggap sebagai telefon pintar premium.

Xiaomi Mi 8 dijangka akan hadir dengan skrin paparan FullView dengan notch berukuran 6.01-inci, pemproses Snapdragon 845, sehingga 8GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas dan sistem pengecaman wajah 3D

Selain itu, antara ciri menarik pada Xiaomi Mi 8 adalah teknologi sensor capjari terbina didalam skrin yang dikenali sebagai UltraSonic fingerprint dan akan hadir dengan MIUI 9 yang berasaskan Android Oreo.

Teknologi sensor capjari terbina didalam skrin boleh dikatakan masih didalam generasi pertama dan ianya hanya ditawarkan didalam beberapa model sahaja iaituVivo X20 , Huawei Mate RS dan Honor 10

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.