Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3E dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri Nova iaitu Nova 3E.

Nova 3E ini hadir dengan harga penjualan RM 1,399, namhn anda boleh mendapatkan Nova 3E pada harga RM 1,320 sahaja iaitu dengan pemulangan tunai 6% sempena pemansuhan GST mulai 1 Jun ini.

Dapatkan telefon pintar terbaru Huawei tanpa GST mulai 18 Mei ini

Selain itu, dengan pembelian Huawei Nova 3e, anda juga akan menerima satu unit tripod selfie Huawei bernilai RM68 secara percuma namun ianya adalah sementara stok masih ada.

Huawei Nova 3E ini akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.84-inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2280) dan mempunyai reka bentuk hampir sama seperti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac yang lalu ( juga dilancarkan sebagai Huawei P20 Lite dibeberapa pasaran Eropah).

Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut memiliki lekukan pada skrin hadapan dan ianya akan menempatkan kamera selfie 24MP.

Beralih kepada kamera utama pula, Huawei Nova 3E akan memiliki kamera 16MP yang disertakan dengan sensor 2MP khususnya untuk pengambilan gambar portrait dan tiada sebarang kerjasama Leica pada model ini.

Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan pemproses Kirin 659 yang disertakan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari dibahagian belakang dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

 Huawei Nova 3E ini hadir didalam dua warna iait hitam dan biru dan penjualan boleh dilakukan di vmall, lazada dan stor konsep Huawei mulai 25 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.