Honor 10 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699

Honor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar mereka iaiti Honor 10 yang baru sahaja memasuki pasaran antarabangsa.

Honor 10 hadir ini dengan reka bentuk berasaskan gelas 3D yang mempunyai kemasan premium seperti cermin di bahagian belakang.

Warna kemasan belakang Honor 10 adalah berasaskan kejadian semula jadi seperti ombak dan aurora.

Honor 10 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 19:9 berukuran 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2,280 piksel memberikan kepadatan piksel 432ppi.

Bagi pasaran Malaysia, Honor 10 akan hadir dengan pemproses Kirin 970 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Satu lagi ciri yang menarik perhatian kami adalah pengunaan sensor capjari terbina didalam skrin yang dikenali sebagai ‘ultrasonic fingerprint’ yang boleh digunakan walaupun dengan jari yang basah.

Ini bermaksud keseluruhan bahagian hadapan adalah dipenuhi dengan skrin dan tiada sebarang potongan untuk sensor capjari seperti pada telefon pintar lain di pasaran.

Bercakap mengenai bahagian kamera pula, Honor 10 memiliki tetapan dwi-kamera yang mempunyai posisi tradisional secara melintang dan bukanya menegak seperti pada P20 dan P20 Pro.

Ianya adalah unit kamera 16MP sensor RGB dengan aperture f/1.8 manakala sensor monokrom adalah unit 24MP. 

Kamera belakang ini kehilangan kerjasama Leica namun dilihat masih mampu menawarkan pengalaman kamera setanding dengan Huawei P20.

Tempat penjenamaan Leica diambil alih oleh AI yang mempunyai pengaruh besar pada bahagian kamera Honor 10 dimana AI membantu kamera Honor 10 menawarkan tetapan terbaik bagi 500+ kategori didalam 22 jenis adengan.

Kamera selfie Honor adalah 24MP juga dengan sokongan AI dan kebolehan merakam video 1080p manakala kamera belakang mampu mengambil video pada kadar 4k dan dengan pengstabilan Honor EIS.

Kamera selfie Honor 10 juga hadir dengan teknologi selfie 3D lighting yang menarik.

Honor 10 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan HonorCharge 4.5A yang mampu menawarkan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 25 minit sahaja (USB-C).

Tidak seperti pada Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, Honor 10 masih mengekalkan slot audio 3.5mm dengan DAC 32-bit AK4376A dan teknologi audio Huawei Histen.

Huawei Honor 10 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu dua warna aurora ungu,aurora hijau, hitam dan kelabu dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 1,599 saja iaitu dari 24 Mei sehingga 31 Mei 2018.

Honor 10 ini boleh dibeli mulai di hihonor.com.my dan juga di Shopee Malaysia mulai 24 Mei ini.

Comments

comments

Share