Huawei Y5 Prime (2018) diumumkan secara rasmi

Huawei secara rasminya telah melancarkan satu model baru didalam siri Y yang disasarkan kepada pengguna telefon pintar kali pertama.

Huawei Y5 Prime (2018) hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.45-inci dengan resolusi   1440 x 720, pemproses 4-teras berkelajuan 1.5GHz (Huawei tidak mendedahkan jenis pemproses yang digunakan), 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Huawei Y5 Prime(2018) juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,020mAh yang hadir dengan teknologi Power Saving 6.0, tiga slot yang menyokong dua SIM dan satu microSD dan EMUI yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Y5 Prime (2018) akan hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP yang turut digunakan untuk teknologi face unlock.

Huawei Y5 Prime (2018) akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam,biru dan emas.

Harga penjualan telefon pintar ini belum diumumkan.

Comments

comments

Share