Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu 1

Asus Mobile Malaysia secara rasminya akan melancarkan Asus ZenFone Max Pro M1 pada 31 Mei ini dan syarikat pengeluar Taiwan ini yakin bahawa telefon pintar ini adalah antara telefon pintar mampu milik terbaik pernah mereka keluarkan.

Berikut adalah 5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu.

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu 2

1.Memiliki sistem operasi Android yang asli

Asus ZenFone Max Pro M1 adalah telefon pintar pertama Asus untuk hadir dengan sistem operasi Android yang tulen.

Ini tidak membawa maksud bahawa ZenUI adalah sesuatu yang tidak disukai oleh pengguna, tetapi ianya adalah kemahuan kebanyakkan pengguna yang memikirkan bahawa dengan Android yang asli, peranti mereka akan lebih lancar dan akan menerima kemaskini OS yang baru dengan lebih cepat.

Asus ZenFone Max Pro M1 akan memiliki sistem operasi Android 8.1 Oreo.

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu 3

2.Telefon pintar dengan bateri 5,000mAh ternipis didunia.

Asus ZenFone Max Pro M1 merupakan telefon pintar dengan bateri berkapasiti 5,000mAh ternipis didunia dan bateri ini mampu menawarkan anda dua hari pengunaan tanpa sebarang masalah.

Dengan reka bentuk yang nipis dan ringan, pengguna juga tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memegang telefon pintar bagi tempoh yang lama.

Pengecasan bateri berkapasiti 5,000mAh ini juga adalah pantas walaupun ianya tidak hadir dengan apa-apa jenis pengecasan pantas.

Pengecasan penuh bateri 5,000mAh Asus ZenFone Max Pro M1 ini hanya mengambil masa 2 jam 42 minit manakala pengecasan ke tahap 60% mengambil masa 1 jam 11 minit.

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu 4

3.Pembesar suara ‘5 magnet’ yang sangat lantang dan jelas.

Pembesar suara yang dimiliki oleh Asus ZenFone Max Pro M1 bukan lah pembesar suara stereo namun tahap kelantangan peranti anda amat ketara.

Ianya menawarkan bunyi yang 40% lebih lantang dan pada masa yang sama 12% lebih jelas berbanding teknologi sebelum ini.

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu 5

4.Teknologi dwi-kamera yang baik 

Asus ZenFone Max Pro akan hadir dengan teknologi dwi-kamera dengan PDAF dan terdapat dua tetapan kamera yang akan ditawarkan di Malaysia iaitu 13MP + 5MP dan 16MP + 5MP.

Kamera ini menawarkan mod pengambilan gambar portrait dan hadir dengan aplikasi kamera Snapdragon.

Kamera selfie yang dimiliki oleh Asus ZenFone Max Pro M1 pula adalah 16MP yang turut dilengkapi flash lembut LED.

5 fakta mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang anda perlu tahu 6

5.Ditawarkan didalam tiga versi

Asus ZenFone Max Pro M1 di Malaysia akan ditawarkan didalam tiga versi iaitu versi 3GB RAM + 32GB memori, 4GB RAM + 64GB memori dan 6GB RAM + 64GB memori.

Harga penjualan Asus ZenFone Max Pro M1 ini masih belum diumumkan namun ianya dijangka lebih murah dari Redmi Note 5 yang mempunyai harga dari RM 799.

Dapatkan telefon pintar terbaru Huawei tanpa GST mulai 18 Mei ini

Dengan pemansuhan cukai GST mulai 1 Jun ini, kita mungkin menyaksikan harga penjualan Asus ZenFone Max Pro ini ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Asus ZenFone Max Pro M1 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 31 Mei ini dan Asus juga akan turut memperkenalkan Asus ZenFone 5 ke pasaran tempatan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.