Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3E akan mula dijual di Malaysia pada 25 Mei dengan harga RM 1,399

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri Nova iaitu Nova 3E akan dijual di Malaysia pada 25 Mei ini dengan harga penjualan RM 1,399 ( termasuk GST).

Pelancaran rasmi Nova 3E akan berlangsung pada 22 Mei ini dengan penjualan rasmi kini telah disahkan akan bermula 3 hari kemudian.

Walaupun mempunyai harga penjuualan rasmi RM 1,399, anda boleh mendapatkan Nova 3E pada harga RM 1,320 sahaja iaitu dengan pemulangan tunai 6% sempena pemansuhan GST mulai 1 Jun ini.

Dapatkan telefon pintar terbaru Huawei tanpa GST mulai 18 Mei ini

Selain itu, dengan pembelian Huawei Nova 3e, anda juga akan menerima satu unit tripod selfie Huawei bernilai RM68 secara percuma namun ianya adalah sementara stok masih ada.

Huawei Nova 3E ini akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.84-inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2280) dan mempunyai reka bentuk hampir sama seperti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac yang lalu .

Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut memiliki lekukan pada skrin hadapan dan ianya akan menempatkan kamera selfie 24MP.

Beralih kepada kamera utama pula, Huawei Nova 3E akan memiliki kamera 16MP yang disertakan dengan sensor 2MP khususnya untuk pengambilan gambar portrait dan tiada sebarang kerjasam Leica pada model ini.

Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan pemproses Kirin 659 yang disertakan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari dibahagian belakang dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.