Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan telefon pintar terbaru Huawei tanpa GST mulai 18 Mei ini

Dapatkan telefon pintar terbaru Huawei tanpa GST mulai 18 Mei ini 1

Pengumuman pemansuhan GST oleh kerajaan Malaysia mulai 1 Jun ini mungkin menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian telefon pintar sehingga bulan hadapan.

Tujuan penangguhan ini adalah untuk membeli telefon pintar idaman mereka pada harga yang lebih murah iaitu tanpa GST.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua2018/04/09

Sehubungan dengan itu, Huawei Mobile Malaysia kini telah mengumumkan pemulangan tunai 6% bagi anda yang membeli telefon pintar Huawei.

Mulai 18 Mei sehingga 31 Mei ini, pembeli telefon pintar Huawei yang terpilih akan menerima pemulangan tunai yang sama dengan kadar GST yang dikenakan sekarang.

Berikut adalah harga telefon pintar selepas GST di mansuhkan 1 Jun ini

Antara telefon pintar yang layak menikmati pemulangan tunai ini adalah Huawei P20, Huawei P20 Pro, Huawei Mate RS, Huawei Nova 3e dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai penuh peranti Huawei yang layak menikmati pemulangan tunai sebanyak 6%.

Dapatkan telefon pintar terbaru Huawei tanpa GST mulai 18 Mei ini 2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.