Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 6 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,088

OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus 6 yang mana seperti biasa akan hadir dengan gelaran telefon pintar ‘flagship killer’.

OnePlus 6 hadir dengan reka bentuk skrin 19:9 yang tidak asing lagi di pasaran dan model kedual selepas OnePlus 5T untuk menggunakan nisbah skrin ini.

OnePlus 6 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.28-inci yang mempunyai resolusi 1080 x 2280 yang menyokong sRGB dan DCI-P3.

OnePlus 6 hadir dengan kamera dwi-sensor 16MP + 20MP yang lebih baik dengan sokongan OIS. Sensor utama OnePlus 6 juga didakwa 19% lebih besar berbanding OnePlus 5T.

Kamera ini mampu merakam video 4K pada kadar 60fps, video gerak perlahan 480fps beresolusi 720p (tempoh rakaman 3.75 saat), sokongan smart capture dan mod HDR yang lebih baik.

Pengaruh AI kini telah tiba kepada OnePlus 6 dan ianya mempunyai fungsi untuk mod portrait pada kamera hadapan 16MP dan juga sebagai ciri keselamatan face unlock sepantas 0.4saat.

OnePlus 6 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 selain rangka berasaskan keluli. OnePlus 6 ini juga hadir dengan perlindungan air yang minima dengan tahap IP adalah IP54.

Bukan lah sesuatu rahsia apabila OnePlus 6 dikatakan hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan dua kapasiti RAM iaitu 6GB ataupun 8GB.

OnePlus 6 ini hadir didalam konfigurasi 6GB/64GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB. Memori simpanan dalaman ini adalah jenis 2-lane UFS 2.1.

OnePlus 6 mengekalkan kapasiti bateri yang sama seperti OnePlus 5T iaitu 3,300mAh dengan teknologi pengecasan pantas 5V/4A.

OnePlus 6 akan mula memasuki pasaran terpilih pada 22 Mei sebelum ke pasaran lain pada tarikh yang akan datang.

OnePlus ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam dengan kemasan seperti cermin, hitam dan putih sutera (edisi terhad).

Berikut adalah harga OnePlus 6 mengikut kapasiti:

OnePlus 6 6GB+64GB – $529 (RM 2,088)

OnePlus 6 8GB+128GB – $579 (RM 2,285)

OnePlus 6 8GB+256GB – $629 (RM 2,483)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.