Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Berikut adalah harga telefon pintar selepas GST di mansuhkan 1 Jun ini

Berikut adalah harga telefon pintar selepas GST di mansuhkan 1 Jun ini 1

Kerajaan baru Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa mulai 1 Jun 2018, kadar cukai perkhimatan dan jualan (GST) akan ditetapkan pada kadar 0% atau secara tidak langsung membawa maksud bahawa GST akan dimansuhkan sepenuhnya. 

Berita pemansuhkan ini sudah pastinya disambut baik oleh rakyat Malaysia yang boleh dikatakan terbeban dengan kos tambahan apabila membeli sesuatu barang.

Dengan pemansuhan GST, kita mungkin menyaksikan harga penjualan telefon pintar menjadi lebih murah berbanding harga penjualan sekarang yang dikenakan cukai ini.

Dengan mengambil kira harga semasa telefon pintar terpilih, kami telah menyediakan carta yang menunjukkan anda harga semasa dan harga tanpa GST.

Berikut adalah harga telefon pintar selepas GST di mansuhkan 1 Jun ini 2

Harga selepas GST yang kami berikan ini hanya lah harga anggaran dan mungkin tidak sama dengan harga pasca GST yang akan diumumkan selepas ianya dimansuhkan.

Bagi telefon pintar lain, anda boleh mengira harga selepas GST dengan menolak 6% daripada harga semasa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.