Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 1

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo R15 Pro akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 Mei ini.

Kemasukan semula siri Oppo R adalah sesuatu yang di tunggu-tunggu kerana Oppo dilihat lebih memfokuskan kepada telefon pintar siri F yang lebih kepada penawaran pro selfie pada harga yang amat berpatutan.

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 2

Oppo R15 Pro memiliki skrin paparan 19:9 berukuran 6.28-inci yang mempunyai nisbah skrin 89%. Teknologi skrin yang digunakan adalah AMOLED dengan resolusi 1080 x 2280 dengan kepadatan piksel 401ppi ( dilapisii Corning Gorilla Glass 5).

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 3 Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 4

Oppo R15 Pro akan hadir dengan pemproses Snapdragon 660, GPU Adreno 512, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 5

Oppo R15 Pro akan hadir dengan kamera dwi-kamera 20 + 16MP manakala kamera selfie adalah unit 20MP.

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 6

Kamera Oppo R15 ini akan hadir dengan teknologi 3D lighting, AI scene recognition yang mampu mengesan 120 adegan pengambilan gambar dan teknologi AI Beauty 2.0 yang turut ditawarkan pada Oppo F7.

ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 7

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 8

Selain itu, Oppo R15 Pro juga adalah peranti yang mempunyai pensijilan kalir air dan habuk ( mungkin IP67), bateri berkapasiti 3,430mAh dengan pengecasan pantas VOOC yang mampu menawarkan jangka hayat bateri selama 2 jam dengan pengecasan 5 minit sahaja.

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 9

Oppo R15 Pro akan turut hadir dengan ColorOS 5.0 yang berasaskan Android 8.1 Oreo, slot dwi-SIM, NFC dan akan mempunyai berat 180gram.

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 10

Oppo R15 Pro ini dijangka akan ditawarkan didalam beberapa warna termasuk didalam warna gradasi ungu.

Maklumat harga penjualan Oppo R15 Pro akan kami laporkan pada hari pelancaran rasmi R15 Pro ini diadakan iaitu pada 24 Mei ini.

Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 11 Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 12 Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 13 Oppo R15 Pro disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini 14

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.