Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V9 didalam warna biru dan merah kini dibuka untuk tempahan

Vivo V9 didalam warna biru dan merah kini dibuka untuk tempahan 1

Vivo V9 telah memasuki pasaran Malaysia pada 26 Mac yang lalu dan kini Vivo Malaysia telah mengumumkan penawaran warna edisi terhad iaitu biru sapphire dan merah velvet.

Vivo V9 edisi terhad ini kini dibuka untuk tempahan melalui Lazada dengan harga penjualan RM 1,399.

Vivo V9 didalam warna biru dan merah kini dibuka untuk tempahan 2

Bercakap mengenai spesifikasi, Vivo V9 hadir dengan skrin paparan Fullview FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Fokus utama telefon pintar Vivo V9 ini adalah untuk menawarkan teknologi selfie yang baik dan buktinya adalah dengan penawaran sensor kamera 24MP yang turut mempunyai sokongan pencantikan yang dikenali sebagai AI Beautification.

Vivo V9 didalam warna biru dan merah kini dibuka untuk tempahan 3

Kamera belakang Vivo V9 adalah sensor dwi-kamera 16MP + 5MP yang mana ianya diletakkan secara menegak sekali lagi mengikut jejak langkah Apple.

Vivo V9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,260mAh dan Android 8.1 Oreo.

Vivo V9 didalam warna biru dan merah kini dibuka untuk tempahan 4

Vivo V9 didalam warna biru dan merah kini dibuka untuk tempahan 5

Vivo V9 edisi terhad ini akan hadir dengan hadiah percuma eksklusif Vivo dan jaminan perlindungan skrin selama satu tahun.

pembeli Vivo V9 edisi terhad ini juga berpeluang untuk memenangi headphone daripada JBL.

Penghantara Vivo V9 edisi terhad ini akan bermula pada 26 Mei.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.