Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i akan ditawarkan pada harga RM 999 sahaja mulai 5 Mei

Huawei Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Huawei Nova 2i akan ditawarkan pada harga yang lebih murah mulai 5 Mei ini.

Huawei Nova 2i akan ditawarkan pada harga RM 999 sahaja mulai 5 Mei ini iaitu RM 100 lebih murah berbanding harga penjualan sebelum ini iaitu RM 1,099.

Dengan pengurangan harga ini, Huawei Nova 2i  hadiah sempurna untuk ibu anda sempena hari ibu yang akan disambut pada 13 Mei.

Huawei Nova 2i ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dengan teknologi ‘Full View’.

ULASAN : Huawei Nova 2i – teknologi dwi-kamera dan skrin Fullview kini untuk semua

Selain itu, Huawei Nova 2i akan hadir dengan pemproses Kirin 659, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh selain EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 2i hadir dengan 4 kamera iaitu pengunaan sensor dwi-kamera dihadapan dan belakang. Dibahagian belakang , Nova 2i mempunyai kamera 16MP + 2MP selain kamera selfie 13MP + 2MP.

Huawei Nova 2i juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan sokongan dwi-SIM.

Comments

comments