Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Live L1 dengan Android Go dilancarkan secara rasmi

Asus secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar Android Go mereka yang pertama iaitu Asus ZenFone Live L1.

Asus ZenFone Live L1 ini akan mula diperkenalkan di pasaran Indonesia terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain dan ianya tiba selepas pelancaran Asus ZenFone Max Pro M1 yang juga hadir dengan sistem operasi Android yang asli tanpa ZenUI.

Asus ZenFone Live L1 hadir dengan skrin paparan 18:9 HD+ berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 425, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Asus ZenFone Live L1 ini juga memiliki kamera utama 13MP dengan PDAF, kamera selfie 5MP, sokongan face unlock dan bateri berkapasiti 3,300mAh.

ZenFone Live L1 ini hadir dengan versi Oreo Android Go, 4G LTE, tiga slot ( 2 SIM + 1 microSD yang menyokong maksima 2TB ), Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 802.11ac.

Asus ZenFone Live L1 akan ditawarkan didalam tiga warna ros merah jambu, hitam dan putih.

Buat masa ini harga dan tarikh penjualan telefon pintar ini tidak diketahui.

sumber

Comments

comments