Xiaomi Mi 6X kini di Malaysia pada harga RM 1,388

Xiaomi Mi 6X yang dilancarkan minggu lalu kini telah mula ditawarkan di Malaysia melalui penjual Mobile 2 Go.

Xiaomi Mi 6X yang ditawarkan oleh Mobile 2 Go ini adalah versi import dari China dan ianya hadir dengan MIUI 9, 6GB RAM dan 64GB ROM.

Xiaomi Mi 6X ini ditawarkan pada harga RM 1,388 termasuk GST dengan jaminan waranti satu tahun dari Mobile 2 Go.

Bagi anda yang ingin mengetahui spesfikasi penuh Xiaomi Mi 6X ini anda boleh membaca laporan pelancaran Xiaomi Mi 6X kami.

Xiaomi akan membuka 6 lagi stor fizikal di Malaysia

Jika anda bercadang untuk menunggu sehingga versi rasmi Xiaomi Mi 6X ini ditawarkan, kami ingin memaklumkan kepada anda, pasaran Malaysia dijangka akan menerima peranti ini dengan versi Android One yang mungkin menjadikanya dikenali sebagai Xiaomi A2 atau Xiaomi A1(2018) di Malaysia kelak.

Jika anda berminat untuk memiliki Xiaomi Mi 6X ini melalui Mobile 2 Go, anda boleh lihat di sini

Xiaomi Redmi Note 5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 799

Comments

comments

Share