Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG G7 ThinQ dilancarkan secara rasmi dengan kamera AI

LG secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka bagi tahun 2018 iaitu LG G7 yang hadir dengan penjenamaan ThinQ.

LG G7 ThinQ hadir dengan reka bentuk skrin dengan ‘notch’ berukuran 6.1-inci iaitu nisbah skrin 19:5:9 dengan resolusi 3120 x 1440.

Ianya adalah panel skrin Full Vision yang menggunakan teknologi LCD namun panel ini adalah panel M+ yang mempunyai aturan warna RGBW dengan sokongan HDR 10 dan dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5.

Bercakap mengenai reka bentuk, LG G7 ThinQ hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dengan rangka aluminium yang turut mendapat pensijilan IP68 dan MIL-STD-810G.

LG G7 ThinQ ini juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 ( melalui port USB-C) dan teknologi Qnovo.

Pengunaan panel gelas juga membolehkan LG G7 ThinQ menyokong pengecasan tanpa wayar dengan sokongan bagi WPC dan PMA.

Beralih kepada bahagian kamera, LG G7 memiliki dwi- kamera 16MP yang mana sensor utama memiliki aperture f/1.7, OIS, PDAF dan pemfokusan laser.

Unit kedua pula adalah sensor 16MP yang merupakan lensa lebar 107-darjah dengan aperture f/1.9 tanpa OIS.

Kamera LG G7 ThinQ ini kini dengan bantuan AI dengan kebolehan menyediakan 19 mod pengambaran melalui ciri yang dikenali sebagai AI Cam.

LG G7 ini juga hadir dengan mod kamera Super Bright bagi pengambilan gambar cahaya rendah yang lebih baik, mod potrait dan mod Live Photo yang merakam video satu saat sebelum dan selepas gambar diambil.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, LG G7 ThinQ memiliki kamera selfie 8MP dengan aperture f/1.9.

LG G7 ThinQ juga memiliki pembesar suara stereo Boom Box dengan DT-X yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

LG G7 ThinQ akan ditawarkan dengan Android Oreo, Bluetooth 5.0, versi dwi-SIM, slot MicroSD, sensor capjari, butang fizikal Google Assistant dan mikrofon yang mempunyai jarak liputan sehingga 5 meter.

LG G7 ThinQ akan ditawarkan didalam warna kelabu platinum, hitam, biru dan merah.

Harga penjualan dan tarikh penjualan LG ThinQ ini masih belum diumumkan buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.