Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A6 dan Galaxy A6+ disahkan secara rasmi

Samsung Galaxy A6 dan Galaxy A6+ yang belum diumumkan secara rasmi namun ianya kini telah disenaraikan di laman sesawang rasmi Samsung Indonesia.

Samsung Galaxy A6 dan Galaxy A6+ turut mendapat keistimewaan yang sama seperti Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018) iaitu mendapat pengunaan teknologi skrin paparan Infinity Display yang sebelum ini hanya ditawarkan pada telefon pintar kelas ‘flagship’ Samsung.

Samsung Galaxy A6 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 5.6-inci dengan resolusi HD+ manakala A6+ pula hadir dengan skrin paparan berukuran 6.0-inci dengan resolusi FHD+.

Bercakap mengenai spesifikasi dalaman, Samsung Galaxy A6 dikatakan hadir dengan pemproses Exynos 7870 dengan 3GB RAM manakala A6+ memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 450 dengan 4GB RAM dan kedua-dua model ini dipadankan dengan 32GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada bahagian kamera, Galaxy A6 hadir dengan tetapan satu kamera 16MP manakala A6+ menerima teknologi dwi kamera 16MP+5MP yang memberikan sokongan Live Focus seperti pada Note8 dan S9+.

Kamera selfie A6 dan A6+ adalah sensor kamera masing-masing unit 16MP dan 24MP.

Selain itu, Galaxy A6 dan Galaxy A6+ juga memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh dan 3,500mAh, sokongan Bixby, pembesar suara dengan Dolby Atmos, sensor capjari dan teknologi face unlock.

Harga penjualan Galaxy A6 dan Galaxy A6+ belum diketahui namun telefon pintar ini dijangka akan turut memasuki pasaran Malaysia pada harga sekitar RM 1,200- RM 1,600.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.