Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Burger McChicken secara percuma dengan memuat turun aplikasi McDonalds

Dapatkan Burger McChicken secara percuma dengan memuat turun aplikasi McDonalds 1

Ingin menikmati burger McDonald McChicken secara percuma?, anda hanya perlu memuat turun aplikasi baru McDonald’s dan menebus burger percuma anda.

Aplikasi McDonalds ini boleh dimuat turun di Apple App Store bagi pengguna iOS dan di Google Play Store pagi pengguna peranti Android.

Apa yang anda perlu adalah memuat turun aplikasi ini dan mendaftarkan akaun anda dengan memasukan beberapa maklumat peribadi anda.

Aplikasi terbaru McDonalds ini menawarkan pelbagai ciri baru seperti berita, tawaran istimewa yang dikemaskini dari semasa ke semasa, perkhimatan penghantaran McDelivery dan maklum balas.

Dapatkan Burger McChicken secara percuma dengan memuat turun aplikasi McDonalds 2

Untuk menebus, anda hanya perlu menekan butang Redeem ketika anda berada di restoran kerana ianya hanya mempunyai tempoh sah 5 minit selepas penebusan disahkan.

McChicken percuma ini boleh dinikmati dengan apa-apa pembelian di McDonalds.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.