• Home »
  • Huawei »
  • 500 unit Huawei P20 Pro warna Twillight akan ditawarkan 4 Mei ini

500 unit Huawei P20 Pro warna Twillight akan ditawarkan 4 Mei ini

Huawei telah mengesahkan bahawa Huawei P20 Pro didalam warna gradasi twillight akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 4 Mei ini selepas memberikan pengesahan mengenainya minggu lalu.

Walaubagaimanapun, warna gradasi Twillight yang boleh diangkat sebagai antara warna paling cantik pernah ditawarkan bagi telefon pintar hanya akan ditawarkan didalam kuantiti yang amat terhad.

Sebanyak 500 unit Huawei P20 Pro didalam warna twillight ini akan ditawarkan pada 4 Mei ini dan ianya adalah penjualan awal sebelum warna ini ditawarkan secara meluas mulai 4 Jun 2016.

Penjualan awal ini akan ditawarkan di Stor rasmi Huawei Pavillion Elite pada 4 Mei mulai jam 6 petang.

Bagi anda yang berminat memiliki Huawei P20 Pro didalam warna twillight ini, kami menasihati anda untuk datang lebih awal kerana warna ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakan.

Jika anda terlepas penjualan istimewa ini, anda hanya boleh membeli Huawei P20 Pro didalam twillight ini mulai 4 Jun 2018.

Harga penjualan Huawei P20 Pro didalam warna twillight ini adalah RM 3,299.

Comments

comments

Share