Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkakas Lifeproof bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+ kini mula ditawarkan

Selain OtterBox, Lifeproof juga telah mengemaskini portfolio produk mereka dan telah mula menawarkan perkakas perlindungan bagi Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+.

Perkakas perlindungan Lifeproof ini hadir didalam tiga siri iaitu SLAM, FRĒ dan NËXT yang mana ianya mempunyai tahap perlindungan yang berbeza-beza.

Lifeproof SLAM adalah perkakas lutsinar yang menawarkan perlindungan dari jatuhan setinggi 2M, reka bentuk yang nipis dan tanpa skrin perlindungan terbina.

Lifeproof NËXT pula adalah perkakas yang menawarkan perlindungan dari kejatuhan setinggi 2M, mempunyai penutup bagi kesemua port, menyingkirkan kemungkinan dimasuki kotoran, habuk, salji dan serpihan.

Lifeproof FRĒ pula adalah perkakas yang menawarkan perlindungan maksima selain memberikan telefon pintar anda kemungkinan untuk digunakan didalam air sehingga 1 jam (pada kedalaman 2 meter), kejatuhan setinggi 2 meter, perlindungan 360 darjah dan dengan skrin terbina.

Perkakas Lifeproof boleh dibeli secara atas talian di https://www.lifeproof.asia

Beli perkakas Lifeproof bagi Galaxy S9 di Sini

Beli perkakas Lifeproof bagi Galaxy S9+ di

Kami telah menerima satu unit perkakas Samsung Galaxy S9+ didalam siri SLAM dan ini adalah ulasan kami mengenai perkakas ini.

Ianya hadir dengan sisi yang keras dengan panel belakang lutsinar yang akan memberikan perlindungan kukuh bagi Galaxy S9+.

Panel belakang lutsinar ini adalah plastik berkualiti tinggi yang kukuh dan ianya harus ditanggalkan dari pada rangka sebelum peranti anda dimasukkan dan di kunci semula didalam rangka ini.

Seperti yang kami perkatakan diatas, siri SLAM Lifeproof tidak menawarkan penutup bagi port USB-C dan slot audio 3.5mm namun ianya masih dilindungi namun ianya tidak kalis habuk.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.