Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan membuka 6 lagi stor fizikal di Malaysia

Xiaomi akan membuka 6 lagi stor fizikal di Malaysia 1

Selain pelancaran Xiaomi Redmi Note 5 yang akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 799, Mi Malaysia turut mengumumkan statistik kedudukan syarikat ini di pasaran telefon pintar Malaysia.

Sehingga kini Xiaomi memiliki 3 stor fizikal di Malaysia namun pada bulan Mei akan menyaksikan tambahan 6 lagi stor fizikal Mi di seluruh negara.

Lokasi 6 Mi Store yang akan dibuka pada bulan Mei 2018 adalah seperti berikut :

•Dataran Pahlawan Mall, Melaka

•Aeon Bukit Tinggi Klang

•Paradigm Mall Johor Bahru

•Aman Central, Alor star, kedah

•Imago KK Time Square, Kota Kinabalu, Sabah

•Sunway Carnival, Prai, Penang

Xiaomi akan membuka 6 lagi stor fizikal di Malaysia 2

Selain itu, Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa ianya adalah jenama telefon pintar paling laris di Lazada bagi suku pertama 2018 dan juga telah melonjak ke tempat ke-4 didalam pengeluar telefon pintar dunia dibelakang Apple, Samsung dan Huawei.

Xiaomi akan membuka 6 lagi stor fizikal di Malaysia 3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.