Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 799

Setelah lama ditunggu-tunggu, Xiaomi akhirnya telah melancarkan Redmi Note 5 ke pasaran Malaysia.

Xiaomi Redmi Note 5 ini adalah telefon pintar kelas pertengahan dengan skrin paparan FullView dan teknologi dwi-kamera pada kedudukan menegak seperti pada iPhone X.

 

Xiaomi Redmi Note 5 hadir dengan skrin paparan IPS LCD Fullview FHD+ berukuran 5.5-inci dengan resolusi 2160 x 1080, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, tiga kapasiti RAM iaitu 3GB, 4GB dan 6GB RAM yang dipadankan dengan 32GB atau 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan kamera dwi-lensa 12MP dengan aperture f/1.9 dan sensor lebar 1.4μm selain teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera kedua dibahagian belakang adalah unit 5MP.

 

Pada bahagian hadapan pula, Redmi Note 5 hadir dengan kamera selfie 13MP yang berlatar belakangkan AI untuk fungsi seperti mod potrait, mod kecantikan dan teknologi ‘face unlock’ yang ditambahbaik dengan AI.

Xiaomi Redmi Note 5 ini tidak hadir dengan sokongan pengecasan pantas walaupun memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh.

Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan Android 8.0 Oreo yang disertakan dengan OS MIUI 9 selain sokongan Project Treble.

Xiaomi Redmi Note 5 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru.

Xiaomi Redmi Note 5 akan ditawarkan dengan harga penjualan seperti berikut :

Xiaomi Redmi Note 5 3GB + 32GB – RM 799

Xiaomi Redmi Note 5 4GB + 64GB – RM 999

Xiaomi Redmi Note 5 akan mula dibuka untuk tempahan di Lazada Malaysia mulai 25 April ini manakala pembelian di stor fizikal boleh dibuat mulai 6 Mei 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.