Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9 Lite akan ditawarkan pada harga RM 699 pada 25 April ini

Honor 9 Lite akan ditawarkan pada harga RM 699 pada 25 April ini 1

Honor 9 Lite yang dilancarkan awal bulan lalu telah mendapat sambutan yang baik di pasaran Malaysia.

Walaupun Honor 9 Lite hadir dengan harga penjualan RM 749, Honor Malaysia dengan kerjasama Shopee telah menganjurkan beberapa penjualan khas yang membolehkan anda memiliki telefon pintar ini pada harga RM 699 sahaja.

Berita baik bagi anda yang ingin membeli Honor 9 Lite kerana Honor Malaysia akan mengadakan penjualan khas di Vmall dan Shopee pada 25 April dengan harga RM 699.

Waktu penjualan di vmall dan Shopee adalah berlainan dimana pembelian di Shopee akan bermula 12 tengah malam ini sehingga 9 pagi manakala penjualan di vmall pula akan bermula dari 9 Pagi sehingga 6 Petang.

ULASAN : Honor 9 Lite – telefon pintar bajet premium dengan 4 kamera

Terus kepada spesifikasi, Honor 9 Lite hadir dengan skrin paparan FullView 18:9 berukuran 5.2-inci yang mempunyai resolusi FHD+ 1080 x 2160, pemproses Kirin 659, 3GB RAM, 32GB memori dalaman, bateri berkapasiti 3,000mAh dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Honor 9 Lite juga akan menjadi satu lagi peranti yang hadir dengan 4 kamera iaitu dua dihadapan dan dua dibelakang iaitu sensor 13MP + 2MP yang disertakan dengan pemfokusan PDAF dan flash LED ( bagi kamera belakang).

Honor 9 Lite akan turut menyokong teknologi “face unlock, sensor capjari, slot microSD dan slot dwi-SIM.

beli Honor 9 Lite di Shopee

beli Honor 9 Lite di Vmall Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.