Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan tiba di Malaysia pertengahan bulan hadapan

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan tiba di Malaysia pertengahan bulan hadapan 1

Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Asus ZenFone Max Pro M1 ke pasaran India dan Indonesia dengan pasaran Malaysia bakal menerima model ini tidak lama lagi.

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan tiba di Malaysia pertengahan bulan hadapan 2

Asus ZenFone Max Pro M1  akan hadir dengan skrin paparan 18:9  berukuran 6.0-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, sehinggga 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan tiga slot kad yang menempatkan dua SIM dan satu kad microSD.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini juga akan memiliki sensor capjari dibahagian belakang, tetapan dwi-kamera , sistem operasi Android 8.1 Oreo yang asli, pembesar suara “5 magnet speaker technology dengan Smart AMP” dan sokongan rakaman video 4K UHD.

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan tiba di Malaysia pertengahan bulan hadapan 3

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan diharapkan juga akan mempunyai sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge yang mampu menawarkan jangka hayat selama 12 jam.

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan tiba di Malaysia pertengahan bulan hadapan 4

Bercakap mengenai bahagian kamera, Asus ZenFonw Max Pro M1 ini memiliki tetapan kamera utama 16MP + 5MP manakala kamera selfie adalah 5MP. Kedua-dua kamera ini menyokong pengambilan gambar bokeh.

Asus ZenFone Max Pro M1 telah disahkan akan tiba ke pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Mei pada harga yang amat berpatutan.

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan tiba di Malaysia pertengahan bulan hadapan 5

Asus ZenFone Max Pro M1 dijangka akan menjadi pencabar utama kepada model Xiaomi Redmi Note 5 yang turut hadir dengan pemproses Snapdragon 636 dan kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.