Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F7 versi 6GB/128GB akan ditawarkan pada harga RM 1,699

Oppo F7 versi 6GB/128GB akan ditawarkan pada harga RM 1,699 1

Oppo F7 telah dilancarkan minggu lalu dan kini Oppo telah mengesahkan bahawa Oppo F7 versi 128GB akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699.

Ini bermaksud Oppo F7 yang memiliki 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman hanya RM 300 lebih mahal berbanding versi biasa Oppo F7 yang hadir dengan konfigurasi 4GB/64GB.

Oppo F7 versi 6GB/128GB akan ditawarkan pada harga RM 1,699 2

Selain daripada konfigurasi RAM dan memori dalaman, Oppo F7 128GB adalah sama seperti Oppo F7 yang biasa.

Oppo F7 edisi 128GB ini hadir dengan reka bentuk skrin dengan takukan ‘notch’ yang merupakan antara ciri wajib pada model telefon pintar tahun ini.

Oppo F7 edisi 128GB ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.23-inci yang mana Oppo mengelarnya sebagai Full Screen 2.0 dengan nisbah 19:9 pada resolusi 1080 x 2280 piksel.

Beralih kepada spesifikasi dalaman, Oppo F7 dan memiliki pemproses 64-bit MediaTek Helio P60.

Oppo F7 versi 6GB/128GB akan ditawarkan pada harga RM 1,699 3

Sebagai telefon pintar pro selfie, Oppo F7 128GB ini juga hadir dengan kamera selfie 25MP dengan aperture f/2.0 yang merupakan sensor IMX576 yang dibekalkan oleh Sony.

Kamera selfie ini juga dipadankan dengan aplikasi AI Beauty 2.0 yang mengesan 296 titik pda wajah yang memberikan pengesanan wajah yang lebih tepat dan sempurna.

Dengan AI Beauty 2.0, Oppo F7 ini mampu mengesan umur, jantina, tona kulit dan jenis kulit sehingga empat subjek individu dengan lebih tepat.Kamera hadapan Oppo F7 adalah unit 16MP dengan aperture f/1.8 yang turut mempunyai teknologi pengesanan wajah AI.

Oppo F7 versi 6GB/128GB akan ditawarkan pada harga RM 1,699 4

Oppo F7 ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth, USB OTG, sensor capjari pada panel belakang dan sokongan ‘Face Unlock’.

Selain itu, Oppo F7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh, UI ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.1 Oreo dan slot microSD.

Oppo F7 versi 128GB akan hadir didalam dua warna iaiti , merah dan hitam dengan tempahan bagi model ini akan dibuka mulai 23 April sehingga 27 April.

Tempahan boleh dibuat melalui wakil penjual sah Oppo, stor atas talian rasmi Oppo Malaysia, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ dan syarikat telekomunikasi.

Selain itu Maxis juga telah mengumumkan penawaran Oppo F7 pada harga serendah RM 1 melalui pelan MaxisOne mereka.

Maxis:http://www.maxis.com.my/en/personal/devices/all-phones/oppo/oppo-f7.html

Senheng: http://bit.ly/2Hr60xe

senQ: http://bit.ly/2Ez63nl

Lazada: https://goo.gl/5Z5WmL

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.