Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 1

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 10 yang merupakan model dengan spesifikasi dan reka bentuk seperti Huawei P20.

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 2

Honor 10 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 19:9 berukuran 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2,280 piksel memberikan kepadatan piksel 432ppi.

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 3

Honor 10 hadir dengan pemproses Kirin 970 seperti View 10 dan dua model P20 namun kapasiti RAM yang dimiliki oleh Honor 10 adalah sama seperti pada P20 Pro iaitu 6GB.

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 4

Bercakap mengenai bahagian kamera, Honor 10 memiliki tetapan dwi-kamera yang mempunyai posisi tradisional secara melintang dan bukanya menegak seperti pada P20 dan P20 Pro.

Ianya adalah unit kamera 16MP sensor RGB dengan aperture f/1.8 manakala sensor monokrom adalah unit 24MP. Kamera belakang ini kehilangan kerjasama Leica namun dilihat masih mampu menawarkan pengalaman kamera setanding dengan Huawei P20.

Tempat penjenamaan Leica diambil alih oleh AI yang mempunyai pengaruh besar pada bahagian kamera.

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 5 Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 6

Kamera selfie Honor adalah 24MP dengan sokongan rakaman video 1080p manakala kamera hadapan mampu mengambil video pada kadar 4k.

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 7

Honor 10 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan HonorCharge 4.5A yang mampu menawarkan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 25 minit sahaja (USB-C).

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 8

Tidak seperti pada Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, Honor 10 masih mengekalkan slot audio 3.5mm dengan DAC 32-bit AK4376A dan teknologi audio Huawei Histen.

Huawei Honor 10 ditawarkan didalam 4 warna iaitu dua warna gradasi ungu dan gradasi biru selain warna hitam dan kelabu.

Harga penjualan Honor 10 di China adalah seperti berikut :

Honor 10 6GB/64GB – CNY 2,599 (RM 1,605)

Honor 10 6GB/128GB – CNY 2,999 (RM 1,857)

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 9

Honor 10 akan dilancarkan ke pasaran antarabangsa pada 15 Mei ini dan Malaysia akan menjadi antara negara terawal untuk menerima telefon pintar terbaru Honor ini.

Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 10Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 11Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 12Honor 10 dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 1,605 13

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.