Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini EMUI 8.0 dan Android 8.0 Oreo kini ditawarkan bagi Huawei Nova 2i

Selepas memulakan ujian beta EMUI 8.0 Android Oreo bagi Huawei Nova 2i pada bulan Mac yang lalu, Huawei kini telah mengumumkan bahawa versi akhir EMUI 8.0 dengan Android 8.0 Oreo kini sudah mula ditawarkan kepada pengguna 

Antara kelebihan EMUI 8.0 ini adalah, ianya menawarkan Nova 2i kebolehan AI seperti meramalkan corak pengunaan peranti dan memberikan pengguna tetapa peranti yang terbaik.

EMUI 8.0 juga mampu menggunakan kuasa memori CPU dengan lebih efisen dengan memberikan lebih banyak keutamaan kepada aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna untuk menawarkan pengalaman pengguna yang sentiasa lancar dan sempurna.

Huawei Nova 2i ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dengan teknologi ‘Full View’ dan mempunyai harga penjualan RM 1,099.

Selain itu, Huawei Nova 2i akan hadir dengan pemproses Kirin 659, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh selain EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 2i hadir dengan 4 kamera iaitu pengunaan sensor dwi-kamera dihadapan dan belakang. Dibahagian belakang , Nova 2i mempunyai kamera 16MP + 2MP selain kamera selfie 13MP + 2MP.

Huawei Nova 2i juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan sokongan dwi-SIM.

Jika anda berminat untuk membeli Huawei Nova 2i, anda mungkin boleh membaca ulasan Huawei Nova 2i yang sudah pastinya memberikan anda gambaran lebih jelas akan kemampuan telefon pintar ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.