Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei hanya memerlukan 10 saat untuk menjual P20 dan P20 Pro bernilai CNY 100 juta

Telefon pintar utama Huawei dibawah siri P iaitu Huawei P20 dan Huawei P20 telah mencuri tumpum dunia sejak dilancarkan bulan lalu.

Huawei P20 dan Huawei P20 telah dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa minggu lalu sambutan bagi kedua-dua model ini tidak kurang hebatnya.

Walaubagaimanapun, kejayaan terbaru Huawei yang ingin kami perkatakan sudah pastinya membuat mata ramai pihak.

Huawei telah berjaya mencapai penjualan Huawei P20 dan P20 Pro bernilai CNY 100 juta didalam masa 10 saat selepas penjualan dimulakan di stor rasmi atas talian di China.

Kejayaan ini sudah pastinya sesuatu yang sudah diduga memandangkan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro telah mengambil alih tempat teratas di carta DxOmark sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik didunia jauh meninggalkan pesaing terdekat Samsung Galaxy S9+.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Ulasan kami mengenai Huawei P20 juga membuktikan bahawa kamera yang dimiliki telefoj pintar ini mempunyai keupayaan yang luar biasa.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro kini di pasaran Malaysia pada harga penjualan RM 2,599 dan RM 3,299.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.