Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZ2 Premium diumumkan dengan skrin 4K HDR dan dwi-kamera Motion Eye

sony mobile malaysia secara rasminya telah mengumumkan Sony Xperia XZ2 Premium

Sony secara rasminya telah melancarkan Xperia X2 Premium susulan pelancaran Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact ke pasaran Malaysia.

Jika Sony Xperia XZ2 Premium hadir ke pasaran sebagai telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K HDR, Xperia XZ2 Premium pula hadir sebagai telefon pintar pertama Sony untuk memiliki tetapan dwi-kamera dengan antara ISO tertinggi didunia iaitu 51200 ( bagi pengambilan gambar).

Xperia XZ2 Premium hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Xperia XZ2 iaitu dengan skrin paparan 16:9, reka bentuk gelas 3D dan kemasan seperti cermin didalam warna krom hitam dan krom perak.

Sony Xperia XZ2 Premium hadir dengan skrin paparan berukuran 5.8-inci dengan resolusi 3840 x 2160 piksel, pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,540mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dan pengecasan tanpa wayar Qi.

Sony Xperia XZ2 Premium hadir dengan kamera RGB Motion Eye 19MP dengan aperture f/1.8 yang dipadankan dengan satu sensor monokrom 12MP f/1.6. Gambar ini diproses pada pemproses gambar AUBE fusion yang menhasilkan gambar berkualiti tinggi dan kekaburan minima.

Kamera ini mempunyai sokongan pengambilan gambar dan video monokrom, mod bokeh, pengambilan video gerak perlahan 960fps pada resolusi 1080p , video 4K HDR dan mempunyai kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Selain itu, Xperia XZ2 Premium juga hadir dengan sistem audio S-Force, Android 8.0 Oreo dan sistem Dynamic Vibration.

Sony Xperia XZ2 Premium dijangka akan memasuki pasaran sekitar bulan Jun 2018 namun harga penjualan masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.