Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F7 akan dibuka untuk tempahan 16 April ini

Oppo F7 telah disahkan akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 19 April ini dan telefon pintar pro selfie dengan kamera hadapan 25MP akan mula dibuka untuk tempahan dari 16 April sehingga 20 April 2018.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Oppo F7, anda kini mempunyai sebab untuk melakukan tempahan telefon pintar ini kerana Oppo akan menawarkan kotak hadiah misteri bernilai RM 299 kepada yang membuat pra-tempahan.

Kotak hadiah ini akan mengandungi satu set kepala Oppo, perkakas perlindungan Oppo F7 dan  gelung Oppo.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Selain pengumuman tawaran istimewa ini, Oppo juga dilihat telah mengesahkan bahawa Oppo F7 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu merah, perak dan hitam.

Oppo F7 ini boleh ditempah secara online di stor rasmi Oppo atau melalui 800 wakil penjual rasmi produk Oppo di seluruh negara dengan deposit sebanyak RM 100 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.